Thursday, August 26, 2010

Khutbah Jumaat yg best!!

Santapan Rohani............:)

Jumaat, 27 Aug 2010, 1.15 pm aku melangkah kaki ke masjid Kolej Universiti Islam Selangor utk sembahyang jumaat. Hari yg lain drpd yg lain. Sampai sahaja di sana khatib sudah pn memulakan khutbah. Melalui pintu tgh aku nampak khatib begitu bersemangat memberi khutbah. Sedikit kecewa dihati sbb lambat sampai. Aku mencari tempat duduk supaya aku dapat melihat khatib dgn jelas. Yup...bila jumpa tempat yg aku cari itu aku rasa seperti melekat. Mataku tak mengelip memandang khatib. Khutbahnya sgt lah mengasyikkan mcm seorg pidato terkenal memberi ucapan.

Ucapan yg membuat aku teringat smpai sekarang adalah bila dia menceritakan tentang satu kajian yg dilakukan oleh UPM tentang perilaku seksual dikalangan remaja. Subhanallah~ drpd 400 respondent, 300++ mengaku mereka sudah biasa dgn amalan seksual dan drpd 300++ tu 85% drpd mereka berpendapat tidak ada rase bersalah lgsg dgn amalan mereka tu. Dunia~ Subhanalllah..bergelinang air mata aku bila mendengar fakta ini. Bukan kerana terkejut...tp sedih dgn situasi umat islam sekarang. Berkata lg khatib tentang Islam is the way of life. dikemukakan lg ayat2 Al-quran utk menyokong hujah2 nya. Maaf aku xdpt mengingat ayat2 itu. Tp pendapat individu, dulu pernah juga terdetik di hati..betulkah Islam is the best way of life. Pernah juga terdetik di hati tak ada org yg brani menbantah fakta itu sbb bila siapa2 shj yg membantah maka mereka pasti akan dikecam kerana menidakkan kata2 Allah. Tp setelah usaha aku byk membaca tentang Islam...semakin hari aku semakin yakin dan pasti Islam itu sememangnya is the best way of life.

Dikemukakan lg 1 ayat Al-quran yg aku masih ingat maksudnya. Khatib beberapa kali menegaskan perkataan "lan" yg membawa maksud tidak akan sampai bila2...ya...sampai bila2... kaum yahudi dan nasrani akan menyukai kamu melainkan kamu mengikuti ajaran mereka. dan ayat lain (maaf sbb xingat ayat nya) yg bermaksud amalankan lah ajaran islam dlm hidup kamu, maka Allah akan berada bersama2 kamu. Subhanallah...khatib membangkitkan isu mengapa umat Islam kini ditimpa pelbagai musibah. kerana ajaran Islam semakin hilang dlm hidup2 umat Islam. Jgn la dipersoalan hal ini sebab sememangnya Allah tiada bersamamu org2 yg tidak beramal.

Ya Allah...jauhkan lah diri aku, keluargaku, sabahat2 ku, dan saudara2 seislam ku dari segala musibah. Bukakan hati mereka untuk menerima baik ajaran2 kamu. Berikanlah kami petunjuk supaya sentiasa berada dijalan yg benar.

Hari2 kita mengamin al-fatihah yg kita baca.tp pernah kita menghayati.

Dengan nama Allah yg Maha Pemuarah lg Maha Penyayang.
Segala puji bg Allah Tuhan sekalian alam
Yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang
Yang menjadi ketua pada hari pembalasan
Kepada Engkau lah kami menyembah dan kepada Engkau lah kami meminta pertolongan
Tunjukkan kami jalan yang lurus
Jalan2 yg Engkau berikan nikmat keatas nya, bukan lah jalan2 yg Engkau murkai dan bukan lah jalan2 yg sesat.

Aminnnn...

satu lg hadith yg khatib tu bg waktu khutbah kedua.

Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga pertama mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami mendengar kamu mngucapkan amin sebanyak 3 kali ketika menaiki mimbar dan kami tidak pernah mendengarnya.

Nabi SAW bersabda, “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan dgn tidak diampuni dosanya oleh Allah, maka aku mengaminkan doa jibril itu. Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu maka aku mengaminkan doa jibril itu lg, kemudian Jibril berkata lagi, ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga maka aku mengaminkan doa jibril itu lg.

Suhhanallah...adakah kita termasuk dlm golongan2 org yg diaminkan oleh Rasulullah sebagai golongan yg celaka? fikirkan lah...di bulan Ramadan ni, marilah kita sama2 berhijrah menjadi yg lebih baik...aminnn...:)

No comments:

Post a Comment